Ogos 2019

122 Anak Sarawak Hadiri Sesi Perkongsian Bersama Fadillah, Persiapan Menjelang LBAS


KUCHING: Seramai 122 anak Sarawak dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh negara menghadiri Sesi Perkongsian Bersama Penaung Sarawak Volunteers, Datuk Seri Fadillah Yusof, di Hotel Merdeka Palace, malam ini.

Sharing Session: Let’s Get To Know itu diadakan sebagai persiapan menjelang Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2019 yang akan berlangsung di MITEC KL pada 19 Oktober 2019.

Pada sesi berkenaan Datuk Seri Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut berkongsi pengalaman memulakan program LBAS dan mengadakan sesi soal jawab bersama peserta berkenaan.

Program pada malam ini dianjurkan Sarawak Volunteers.

Sumber dari: Jiwa Bakti