Ogos 2019

Ketua Menteri Menyerahkan Dana RM10 Juta Sebagai Pendahuluan Bagi Pembinaan Bangunan Ibu Pejabat FORUM


KUCHING: Pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.66 Murum menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg di atas penyerahan dana sebanyak RM10 juta kepada Federation of Orang Ulu Association of Sarawak Malaysia (FORUM) semasa acara rasmi Penyerahan Cek kepada Federation of Orang Ulu Associations Sarawak Malaysia (FORUM) dekat Wisma Bapa Malaysia, di Kuching, hari ini.

Penyerahan dana berjumlah RM10 juta ini adalah sebagai pendahuluan dari RM25 juta untuk tujuan pembinaan Bangunan Ibu Pejabat FORUM.

Ketua Menteri menyerahkan cek untuk jumlah tersebut kepada Presiden FORUM, Antonio Kahti Galis sambil diksaksikan oleh Penasihat FORUM yang juga Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Gerawat Gala, Menteri Muda Bekalan Air Sarawak, Datuk Liwan Lagang, MP Baram Anyie Ngau, ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau.

Melalui laman facebook, pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.66 Murum turut menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi FORUM dan barisan Penasihat FORUM dan pada masa yang sama berharap agar urusan untuk pembinaan bangunan ini yang sudah pasti menjadi mercu tanda warisan, kebudayaan serta kesenian Orang Ulu berjalan dengan lancar.

Sumber dari: TV Sarawak