OKTOBER 2019

31 Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Angkat Sumpah Bagi Tempoh 1 Oktober 2019 Hingga 31 Disember 2020, Seorang Muka Baharu Dilantik


KUCHING: Seramai 31 Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak mengangkat sumpah bagi jawatan itu di hadapan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia di sini.

Pelantikan kesemua Setiausaha Politik tersebut berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2020.

Kesemua yang dilantik adalah dari kompenan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mereka yang dilantik ialah Abu Seman Jahwie, Kenil Jaraiie, Fridah Osman, Buang Bolhassan, Sharkawi Suhaili, Julani Mokhtar, Victor Temenggong Angang, Romeo Christopher Tegong, Maurice Joannes Giri, Petrus Igat Mathias, Richard Rapu, Charles Balan Seling, Mujah Lihan, Tapah Ata, Abdul Samat Gany, Jenny Bangga, Susan Chemerai Anding, Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Dr Simon Bada.

Seterusnya, Teng Ung Woo, Daniel Bujal, Tan Kai, Michael Tiang, Soo Li Ching, Nicholas Kudi Jantai, Dato Sri Doris Sophia Brodie, Edwin Banta, Charles Chad Nissom, Beatrice Kedoh Tajang dan Fung Kok Shiun @ Brian Fung.

Brian Fung merupakan lantikan baharu, manakala semua yang lain merupakan lantikan semula.

Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Menteri-Menteri kabinet negeri yang lain. -Edisi UKAS

Sumber dari: Unit Komunikasi Awam Sarawak