JUN 2020

55 Projek RTP Akan Dilaksanakan Di Daro Pada 2020


DARO: Sebanyak 55 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro akan dilaksanakan pada 2020.

Semasa Mesyuarat Penyelarasan Projek RTP pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata antara projek yang akan dilaksanakan seperti menaik taraf jalan, pembinaan jeti dan pontoon, menaik taraf surau, tokong cina, gereja, pembinaan benteng dan sistem perparitan melibatkan beberapa buah kampung dan rumah panjang.

Katanya, beberapa projek berkenaan mengalami kelewatan untuk disiapkan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Safiee lagi, beliau bersama Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi akan sentiasa bekerjasama dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek berkenaan untuk kemudahan rakyat di kawasan tersebut.

Tegasnya, pembinaan semua projek berkenaan perlu menitik beratkan kepada spesifikasi serta skop-skop yang telah ditetapkan. – Edisi UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak