Ogos 2019

Abg Jo Lulus 5 Juta Untuk Collection Centre Di Lundu


LUNDU, 25 Ogos 2019 - YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hadir ke sesi Townhall anjuran Sarawak Volunteer di Dewan Masyarakat Lundu pagi ini tadi.

Dengan menggunakan kenderaan bermotosikal sendiri, Ketua Menteri tiba di dewan masyarakat tersebut kira-kira pada jam 10 pagi disambut dengan paluan kompang dan gamelan yang begitu meriah sekali.

Sejurus masuk ke dewan, Ketua Menteri diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang berkaitan mengenai projek- projek pembangunan yang telah dijalankan di Lundu dan Sematan.

Selepas itu, sesi dialog pun bermula dan dipengerusikan oleh Y.B. Fazzruddin Abdul Rahman sebagai moderatornya.

Dalam sesi dialognya yang mengambil masa kira-kira empat (4) jam tersebut, YAB Ketua Menteri menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan suatu bentuk bantuan baru bakal diperkenalkan kepada golongan ibu pada penghujung tahun ini. Ini bagi membantu para ibu untuk membeli keperluan asas yang diperlukan selepas selesai melahirkan anak.

Di samping itu, YAB Ketua Menteri bersetuju meluluskan peruntukkan sebanyak RM 5 Juta bagi menubuhkan Pusat Collection Centre di Lundu bagi memasarkan hasil dan produk pertanian dengan menggunakan teknologi digital masa kini. Beliau menambah lagi, beliau akan terus menyokong apa sahaja idea yang baik untuk membangunkan lagi Lundu dan Sematan.

Selesai acara townhall, Ketua Menteri terus bergerak sendiri Program Rumah Spektra Permata Lundu dan Sematan seterusnya diberi taklimat ringkas mengenai pembangunan perumahan yang telah dijalankan. Ketua Menteri juga berkata rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan pinjaman kewangan dengan Mutiara Mortgage yang merupakan syarikat milik Sarawak yang memberi pinjaman kewangan bagi tujuan memiliki rumah.

Hadir sama di majlis berkenaan adalah Ahli Parlimen P194 Petra Jaya, YB Datuk Sri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Santubong YB Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu YB Datuk Amar Jamillah Anu.

Sumber dari: Sarawakku