Ogos 2019

Lulus - RM10 Juta Untuk Bina Mini Stadium Dan Pejabat Baru Pentadbiran Kerajaan Di Balai Ringin


SRI AMAN, 24 Ogos 2019 - 5 ribu orang menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Openg di Pelancaran Jerayawara GPS Zon 6 yg terdiri dari N30 Balai Ringin, N31 Bukit Begunan, N32 Simanggang, N33 Engkilili, N34 Batang Ai bertempat di Pekan Lachau, Sri Aman.

Dalam Ucapannya, YAB Ketua Menteri telah meluluskan sebanyak RM10 juta bagi membina Mini Stadium di Balai Ringin dan juga akan dibina pejabat baharu Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Tambah beliau peruntukkan sebanyak RM30 juta akan dimasukan dalam RMK-12 bagi tujuan Prelimenary Studies dan RM500 juta bagi pembinaan jalan menghubungi jalan besar hingga ke Simunjan juga dalam RMK12

YAB Ketua Menteri juga melancarkan Aplikasi Belia GPS sebelum merasmikan Majlis Jerayawara GPS Zon 6

Di akhir majlis, YAB menyampaikan Sijil Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Ulu Sebuyau, Samarahan, 3 buah kampung yang terlibat dengan bilangan penduduk seramai 379 orang, keluasan lot yang telah di sukat 2,356 hektar.

Kawasan Bayor/Krangan, Balai Ringin, Serian terdiri dari 12 buah kampung yang melibatkan seramai 2400 orang dengan lot yang telah di sukat 1,290 hektar.

Penyerahan surat Hakmilik Seksyen 18 KTN bagi kawasan Batu Besai/Po Ai, Sri Aman yang telah diluluskan Kerajaan Negeri untuk Penyukatan NCR lot individu sebanyak 176 lot dengan bilangan penerima seramai 148 orang yang jumlah keluasan lot telah di sukat 255.29 hektar melibatkan 7 buah rumah panjang.

Turut hadir,
YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas,
YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing,
YB Datuk Professor Sim Kui Hian,
YB Datuk Anthony Nogeh,
YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar,
YB Datuk Snowdan Lawan
Merangkap Ketua GPS Zon 6,
Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi,
Ahli Parlimen P.215 Kapit,
YB Datuk Francis Harden Hollis
N 32 SIMANGGANG,
YB Encik Malcom Mussen Lammoh
N 34 BATANG AI,
YB Datuk Mong Dagang
N 30 BUKIT BEGUNAN

Sumber dari: Sarawakku