Ogos 2019

Abang Johari Umum Kabinet Baharu, Uggah Menteri Kewangan Kedua


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah sebagai Menteri Kewangan Kedua bagi mengisi portfolio itu pada sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Kekosongan itu berikutan peletakan jawatan Datuk Sri Wong Soon Koh sebagai Menteri Kewangan yang berkuatkuasa 15 Ogos lalu. Selain Uggah, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa & E-Dagang, jawatan Soon Koh, sebelum ini.

Portfolio baharu menyaksikan Menteri Pengangkutan dipegang oleh Datuk Lee Kim Shin dan timbalannya, Dr Jerip Susil. Lee sebelum ini, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Rombakan kabinet itu turut menyaksikan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, Abdullah Saidol memegang Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Sementara itu, Datuk Sebastian Ting dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan yang baharu menggantikan Datuk Lee Kim Shin.

Sementara, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Jaul Sameon menggantikan Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani, yang bersara.

Sumber dari: Jiwa Bakti