SEPTEMBER 2020

Abg Jo Hadir Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS)


Datuk Patinggi Abang Jo melancarkan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di Jalan Muttaqim, Kota Samarahan petang ini tadi. 

Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan pemilikan tapak tanah seluas tiga (3) ekar dengan peruntukan berjumlah RM20 JUTA untuk membina bangunan baru Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak. Ia adalah bangunan ikonik dan moden selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memodenkan pertanian di Sarawak. Tempoh pembinaan adalah 18 bulan. Bangunan ini dijadualkan siap pada Mac 2022.

Bangunan ini juga akan berfungsi sebagai pejabat pentadbiran, tempat ICT, ruang untuk promosi produk pertanian, ruang untuk pameran dan lain-lain aktiviti Pertubuhan Peladang. 

Hadir sama adalah Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pemgerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail.

Sumber dari : Sarawakku