SEPTEMBER 2020

Abg Jo Hadiri Majlis "Hi Tea" Bersama Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Majlis yang cukup ringkas dan santai telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching petang ini tadi.

Datuk Patinggi Abang Jo dalam ucapan ringkasnya menyatakan agar pihak UKPN hendaklah sentiasa bekerjasama dalam membantu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam menyelesai sebarang isu berkaitan keselamatan di Sarawak khususnya.

Hadir sama di majlis santai berkenaan adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaol Samion dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku