SEPTEMBER 2020

Abg Jo Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia


Datuk Patinggi Abang Jo menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd. Abdul Wahab bin Yusof bersama rombongannya di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pagi ini.

Tujuan kunjungan hormat lebih tertumpu kepada jalinan kerjasama yang boleh diterokai dalam aspek teknologi dan kepakaran dalam bidang teknolgi nuklear dengan Kerajaan Sarawak agar dapat diadaptasi dalam pelbagai bidang yang diceburi termasuklah dalam bidang pendidikan, pertanian dan sebagainya.

Dengan kerjasama dan penyertaan dalam kepakaran teknologi nuklear ini, diharap dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Hadir sama dalam kunjungan hormat berkenaan adalah (Bermula dari kiri gambar) adalah Pengarah Khidmat Pengurusan, Rosleezam bin Jamaudin, Pengurus Komunikasi Korporat, Hasfazilah binti Hassan, Pengarah Agro Biosains, Dr Abdul Rahim bin Harun, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd Abd Wahab bin Yusof, YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo, Pegawai Penyelidik, Dr. Julie Andrianny Murshidi, Pengawai Penyelidik, Mohd Faizal Abd. Rahman, dan Pegawai Penyelidik, Hazizi Omar.

Sumber dari : Sarawakku