MAC 2021

Abg Jo Ke Perbatasan Bagi Menerima Taklimat ICQS Lubok Antu/Nanga Badau


30.3.21, LUBOK ANTU -  YAB Ketua Menteri Sarawak telah diberi taklimat oleh pihak Imigresen Sarawak, Kastam Sarawak, Polis DiRaja Malaysia, Angkata Tentera Malaysia dan Kuching Port Autority bertempat di perkarangan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuaratin dan Keselamatan ( ICQS ), Lubok Antu, Sri Aman berhubung isu dan cabaran di kawasan tersebut. 

Tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk YAB Abg Jo dan kerajaan Sarawak mendengar dan melihat sendiri kekurangan yang ada di sekitar Perbatasan  Sarawak dan Indonesia di ICQS tersebut dan kawasan sekitarnya dan juga bagi mencari cara penyelesian khususnya Pendatang Tanpa Izin ( PATI ). 

Ianya adalah susulan dari Lawatan YAB Abg Jo ke Depo Tahanan Imigresen Semuja, Serian tempoh hari.

Hasil dari Lawatan di ICQS tersebut, maka pihak Kerajaan Sarawak telah menerima data dan butiran isu dan cabaran bagi membuat satu keputusan lebih strategik bersama semua agensi Kerajaan yang berkaitan dan juga pihak Kerajaan Indonesia melalui Sosek Malindo. 

Selepas taklimat, YAB Abg Jo turut menyampaikan Bantuan ( Food Basket ) kepada para pertugas Barisan Hadapan di ICQS Lubok Antu. 

Seterusnya YAB juga di bawa untuk meninjau ke Projek Rakyat Waterfront Lubok Antu.

Akhir lawatan Kerja adalah Majlis Perjumpaan dengan para Pemimpin Masyarakat Daerah Lubok Antu bertempat di Dewan Sukan Kompleks Lubok Antu. 

Dalam ucapan amanah YAB Abg Jo di Majlis tersebut, beliau juga telah meluluskan permohonan  dari pihak Jabatan Imigresen untuk memasang lampu jalanraya dari ICQS ke pekan Lubok Antu sejauh 7.5 Kilometer dan juga meluluskan permohonan dari YB Malcom Mussen untuk membina Jambatan Jalan Kaki dari seberang Kampung ke Waterfront Lubok Antu.

YAB Abg Jo juga menambah bahawa  kajian untuk ' Inland Port Trade' akan dibuat bagi meningkatkan lagi ekport dan import produk tempatan dari Lubok Antu dan sekitarnya dan semestinya jangkaan limpahan Sosio-Ekonomi  apabila Kalimantan sebagai Ibukota Indonesia. 

Terlebih dahulu YB Datuk Malcolm Mussen berucap. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar James Jemut Masing, ADUN N.34 Batang Ai, YB Malcolm Mussen, MP P.203 Lubok Antu,YB Jugah Muyang, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Sameon dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku