SEPTEMBER 2020

Abg Jo Menyantuni Para Usahawan Muda


KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi telah berkesempatan untuk bersama usahawan-usahawan muda dalam sessi dialog yang dianjurkan oleh portal berita Dayak Daily.

Seramai 30 orang usahawan daripada pelbagai latarbelakang perusahaan telah hadir pada acara bertajuk “A Sunday Morning with CM” yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Soalan-soalan yang diajukan berkisar pada subjek pertanian moden, seni dan budaya, perkhidmatan, pelancongan, teknologi dan ekonomi digital.

Sumber dari : Sarawakku