BETONG: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg petang semalam telah merasmikan bermulanya operasi menara telekomunikasi pertama Kerajaan Sarawak di Ulu Luban dekat sini.
Menara tersebut merupakan yang pertama dibina oleh SMA (Sarawak Multimedia Authority) dan menyediakan perkhidmatan 3G dan 4G melalui pembekal perkhidmatan Celcom, DIGI, Maxis dan U Mobile di bawah inisiatif pembinaan 300 menara di seluruh Sarawak.
Sebanyak 31 daripada 36 menara untuk Bahagian Betong telah siap dibina manakala 5 lagi sedang diusahakan.
Bagi seluruh Sarawak 184 buah telah dibina daripada 300 di bawah inisiatif tersebut.
Sumber dari : Sarawakku