OKTOBER 2019

Abg Jo Pesan Jaga Sarawak Kita Tok


KUCHING, 27 Oktober 2019 - Di sebalik kesibukan Ketua Menteri menghadiri kunjungan sempena Deepavali hari ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Joe berkesempatan hadiri Majlis Penangguhan Fiesta Satok 3.0 bertempat di Dewan Masyarakat Sungai Maong petang ini tadi.

Majlis penangguhan petang ini yang dihadiri kira -kira 600 orang tersebut dimulakan dengan tarian selamat datang yang dipersembahkan dari Kumpulan Tarian Sungai Maong.

Ketika berucap di majlis penangguhan tersebut, YAB Datuk Patinggi Abang Jo menyeru agar masyarakat Sarawak khasnya menjaga perpaduan agar masyarakat Sarawak menjadi masyarakat yang kuat dan tidak boleh dipecah belahkan oleh orang luar yang cuba menguji kekuatan perpaduan yang terdapat di Sarawak ini.

Beliau menambah lagi, kerajaan negeri juga akan meneruskan program pembangunan di kawasan bandar termasuklah program "Urban Renewal Programme" yang lebih fokus kepada perparitan dan tali air.

Fiesta Satok 3.0 ini telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti Larian Sg. Maong, pertandingan memasak, senamrobik, pertandingan ping pong, pertandingan dekorasi kek, pertandingan street soccer dan sebagainya.

Datuk Patinggi Abang Jo turut menyampaikan hadiah kepada pemenang (Johan) pelbagai kategori iaitu pertandingan Gubahan Coklat yang dimenangi oleh Ezu Phiung dan Voon Pui Nap, pertandingan Ping Pong dimenangi oleh KJM Bukit Tuan untuk Kategori Lelaki manakala bagi Kategori Wanita dimenangi oleh KJM Kudei Iban dan akhir sekali bagi Kategori Memasak pula dimenangi oleh Joyce Yeo Suk Kee dan Ho Nyet Fong ( dari CG's Kitchen Group).

Fiesta Satok 3.0 ini juga telah dijayakan oleh penganjur bersama KJM Sungai Maong (Tuan Rumah) KJM Patinggan, KJM Bukit Tuan, KJM Kudei Baru (IBan) KJM Bintangor Kecil , KJM Kpg Bintangor Besar, KJM KPG NO. 3 & 4, KJM KPG Temedak, KJM Kpg Muda Hashim, KJM Kudei Baru , KJM Kpg No. 5.

Hadir sama di majlis berkenaan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Prof. Dato' Sri Dr. Sim Kui Hian, Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan, Residen Bahagian Kuching, Puan Sherrina Hussani dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari: Sarawakku