OKTOBER 2019

Anak Iban Ke Paralimpik Tokyo 2020


KUCHING : Atlet kelahiran Sarawak berbangsa Iban, Wiro Julin berjaya menempah nama ke slot Sukan Paralimpik di Tokyo pada tahun hadapan bagi acara memanah.

Berasal dari Kampung Peraya, Padawan Kuching, anak sulung daripada 4 adik beradik ini yang tidak sampai dua tahun menyertai skuad kebangsaan telah muncul sebagai pemanah kedua untuk ke Tokyo selepas mara ke final acara compound individu dalam Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, Thailand, Khamis lalu.

Berkenaan kejohanan itu, Wiro telah berjaya memenangi 3 pingat untuk 3 acara, iaitu Pingat Emas Berpasukan Lelaki, Pingat Perak Individu Compound dan Pingat Gangsa dalam acara campuran.

Memetik berita daripada Stadium Astro, Wiro dalam kejohanan berkenaan dikhabarkan telah tewas kepada pemanah Hong Kong, Ngai Ka Chuen, namun tetap berpuas hati dengan pingat perak yang diraihnya dan menganggap ia sebagai penebus duka selepas gagal ke Kejohanan Dunia di Belanda, Jun lalu.

Beliau dalam masa yang sama berharap satu program khas dapat dirangka untuknya dan S. Suresh (pemanah recurve para nombor satu dunia) sebagai persiapan untuk menghadapi temasya itu.

Berikut butiran mengenai beliau :

Nama: Wiro Anak Julin.
Anak: Sulung daripada 4 beradik.
Umur: 25 Tahun
Jenis Kecacatan: Kaki
Asal: Kampung Peraya, Padawan Kuching.
Sukan: Memanah(Wakil Kebangsaan)
Bangsa: Iban(Mendiang bapa Iban Kanowit/ Ibu Bidayuh Kuching)
Kejayaan: Pingat Emas Berpasukan Lelaki/ Pingat Perak Individu Compound/ Pingat Gangsa dalam acara campuran dalam kejohanan memanah Para Asia di Bangkok, Thailand khamis baru-baru ini.

Sumber dari: TV Sarawak