OKTOBER 2019

Majlis "Eye Dotting" Bagi International Dragon Boat Regatta 2019 Telah Disempurnakan Oleh Ketua Menteri Sarawak


KUCHING, 26 Oktober 2019 - Majlis "Eye Dotting" bagi International Dragon Boat Regatta 2019 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Openg pagi ini tadi.

Acara perasmian telah dilakukan oleh Ketua Menteri dengan "eye dotting" serta melepaskan belon seterusnya YAB Ketua Menteri berkesempatan melawat gerai dan pameran kesenian yang berlansung di Tebingan Kuching pagi ini.

Ketika ditanya pemberita mengenai acara pagi ini, YAB Ketua Menteri berkata beliau berbangga dengan penyertaan International Dragon Boat ini dengan adanya penyertaan daripada empat belas (14) buah negara termasuklah dari UAE dan Amerika Syarikat.

Beliau menambah lagi, perusahaan produk perkayuan juga mempunyai nilai yang tinggi dalam usaha meningkatkan lagi industri pelancongan di Sarawak.

Hadir sama mengiringi YAB Ketua Menteri di Tebingan Kuching pagi ini adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan beberapa kenaamaan lain.

Sumber dari: Sarawakku