GEDONG: Setelah selesai mengadakan lawatan kerja singkat ke Simunjan pada sebelah pagi tadi, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg bergerak ke Gedong untuk merasmikan Projek Jiwa Murni Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat Ke-88.
Warga Gedong amat bertuah kerana projek pertama telah dilaksanakan di kawasan Gedong dengan projek membaik pulih 12 buah rumah orang miskin, membina 3 titi baru bagi 3 buah rumah orang miskin, menyelenggara Tanah Pekuburan Islam Gedong dan menyelenggara serta mengecat Masjid Gedong melibatkan keseluruhan peruntukkan sebanyak RM500,000.00.
Syabas kepada Tentera Darat yang setakat ini telah berjaya membaik pulih 6 buah rumah, menyiapkan sebuah titi baru serta meyiapkan senggaraan kawasan Tanah Perkuburan dan Masjid Gedong.
Projek Jiwa Murni ini telah bermula pada 15 Feb 21 yang lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Apr 2021 melibatkan 4 Pegawai dan 122 anggota dari Pasukan 3 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan pasukan-pasukan lain di Sarawak.
Sumber dari : Sarawakku