KUCHING:,Tengah hari tadi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg setelah selesai mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di sini sempat menyantuni tim penerbitan majalah Borneo Talk dalam sessi temu ramah yang akan disiarkan dalam majalah berkenaan pada keluaran akan datang.
Dalam sessi selama 45 minit tersebut soalan-soalan yang diajukan menyentuh mengenai pelbagai topik dan isu pembangunan di Sarawak dalam tempoh masa tiga tahun lepas setelah Datuk Patinggi Abang Haji Zohari mengambil alih tampok kepimpinan pentadbiran kerajaan Sarawak daripada Allahyarham Pehin Sri Adenan sehinggalah ke era pasca COVID-19.
Tim penerbitan Borneo Talk diketuai oleh Puan Ivy Pan.
Sumber dari : Sarawakku