JANUARI 2021

Abg Jo Saksikan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Daripada Petronesa Dan Sanjung Etika Sdn Bhd


Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis ringkas penyerahan zakat perniagaan bagi tahun berakhir Disember 2020 daripada PETRONESA dan SANJUNG ETIKA SDN BHD kepada Tabung Baitulmal Sarawak, bertempat di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching pagi ini tadi. 

Kedua-dua majlis ringkas tersebut yang dimulakan dengan lafaz akad dan simbolik penyerahan ‘mock cheque’ oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Dato Sri Mohamad Abu Bakar bin Marzuki menyerahkan zakat perniagaan PETRONESA bagi tahun berakhir Disember 2020 berjumlah RM 405, 500.00 manakala zakat perniagaan SANJUNG ETIKA SDN BHD bagi tahun berakhir Disember 2020 yang berjumlah RM 22, 046.52 kepada Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu bin Haji Taha selaku wakil Tabung Baitulmal Sarawak. 

Hadir sama adalah Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Haji Abang Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie.

Sumber dari : Sarawakku