MAC 2021

Abg Jo Serah Geran MRP Berjumlah RM 1.152 Juta


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg telah memyampaikan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Lapan (8) persatuan dan pertubuhan bertempat di Pusat Khidmat N8 Satok petang ini tadi yang terdiri daripada: 

1. Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching diwakili Pengerusinya Abdul Rahman Haji Zainuddin. 

2. Persatuan Ibu Bapa SMV Matang diwakili Pengerusinya Lim Ah Juan. 

3. Kelab Kebajikan Rekreasi Kakitangan Pertahanan Awam diwakili Mohtar bin Samat. 

4. Lembaga Amanah Sekolah Rakyat diwakili Haji Ikhwan Haji Zaidel. 

5. Persatuan Veteran ATM Cawangan Kuching diwakili  Kapten (Bersara)  Haji Mohd Henderi Hashim.    

6. Jawatankuasa Pengurusan STA AR-RAZI Kuching diwakili Ustaz Ricky Hambali bin Jifrion. 

7. Lembaga Amanah Surau  Kampung Bandarsah diwakili Pengerusinya, Haji Bolhassan Haji Putit. 

8. Koperasi Ketua Masyarakat Kuching Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Tuan Pemanca Haji Rosli bin Sahari.

Antara projek yang sedang dan bakal dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) adalah: 

● Naik taraf Jambatan Sungai Bintangor yang bakal menjadi tarikan baru dengan rekaan ikonik. 

● Bangunan Hikmah Exchange yang bakal mengubah landskap kawasan Haji Taha. 

● Naik taraf jalan raya dan parit di sekitar kawasan Satok. 

● Projek pembinaan jalan baharu menghubungkan kawasan Sungai Maong ke kawasan Segedup. 

● Pembangunan perumahan mampu milik bagi penduduk Kampung Kudei, Kampung Sungai Maong, Kampung Segedup dan sekitar. 

● Muara Jalan Datuk Ajibah Abol yang bakal menjadi laluan transit Pelaksanaan Autonomous Rapid Transit (ART).

● Tebingan sungai Kampung No. 3 hingga Kampung Patingan akan dinaik taraf dan menjadi projek infrastruktur pelancongan. 

Turut hadir adalah Yang Berbahagia Dato’ Ibrahim Baki, Timbalan Ketua Cawangan N8 Satok, Encik Abdul Samad Gany (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak) dan Encik Haji Helmi Othman (Naib Ketua Cawangan N8 Satok).

Sumber dari : Sarawakku