MAC 2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg Petang Tadi Telah Menerima Dos Kedua Vaksin COVID-19


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg petang tadi telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya yang dikendalikan Klinik Kesihatan Petra Jaya.

Turut menerima dos kedua bersama beliau ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Chin Zin Hing.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC).

Sumber dari : Sarawakku