MAC 2021

Atas Keprihatinan Keselamatan Rakyat Sarawak, Abang Jo Turun Padang Dan Cadang Tubuhkan Blok Sementara


Di sebalik kesibukan tugasan harian yang tidak pernah reda di pejabatnya, tidak mematahkan semangat Datuk Patinggi Abang Jo untuk sampai ke Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian Sarawak petang ini tadi. 

Kira- kira pada jam 3.20 minit petang, Datuk Patinggi Abang Jo telah sampai di kem tersebut dan terus diberi taklimat berkaitan pengurusan tahanan sepanjang pandemik Covid 19 yang disampaikan oleh Pengarah Imigresen Malaysia Sarawak, Datu Ken Leben dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zhafir bin Zulkifli. 

Dalam sidang media ringkas yang diadakan di kem berkenaan, Ketua Menteri telah bersetuju membangunkan blok tambahan sementara bagi tahanan di tempat yang akan dikenalpasti bagi mengelakkan keadaan yang begitu sesak dan padat di penempatan blok berkenaan ketika ini. 

Ketua Menteri turut memberitahu, pematuhan dan cara pelaksanaan  SOP di depot tahanan semuja itu perlu dilihat semula dalam usaha melawan pandemik Covid-19 itu.Langkah ini dapat membantu mengekang peningkatan kes Covid 19 ketika ini.

Sumber dari : Sarawakku