FEBRUARI 2021

Abg Jo Sertai Sambutan Tahun Baru Cina Secara Maya (Virtual)


Dalam keadaan dunia yang belum reda dengan situasi Covid 19, ianya tidak menghalang kita sesama kita daripada merasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2021 ini. 

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hari ini menyertai masyarakat Tiong Hua di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SUPP secara virtual (maya) yang dianjurkan oleh Sarawak United Peoples Party (SUPP) pagi ini tadi. 

Dalam ucapan ringkasnya secara maya, Datuk Patinggi Abang Jo menyeru masyarakat Tiong Hua agar bersama-sama menjaga perpaduan sesama mereka  dalam usaha mengharungi  wabak Covid-19 seterusnya bersama Kerajaan merancang dasar yang baik bagi mempertingkatkan ekonomi Sarawak secara keseluruhannya. 

Datuk Patinggi Abang Jo beserta isteri, Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang kemudiannya mengaul "Yee Sang" secara virtual (maya) sebagai simbolik sambutan Tahun Baru Cina. 

Dalam bahasa Cina, perkataan “Yee” bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan “Sang” pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan Yee Sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.

Turut serta dalam sambutan Tahun Baru Cina secara virtual adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Dato' Sri Sim Kui Hian dan beberapa kenamaan yang lain.

Sumber dari : Sarawakku