Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Shahrul Razid bin Sarbini (kedua dari kanan gambar) di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi ini tadi.
Kunjungan yang berlangsung sekitar kira-kira 30 minit berkenaan adalah bagi membincangkan mengenai sumbangan UPM Kampus Bintulu, Sarawak melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan khususnya dalam bidang pertanian dan perhutanan.
Turut serta dalam kunjungan berkenaan adalah Ketua Bahagian Startegik, Komunikasi Korporat dan Jaringan, adalah Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana bin Magiman (pertama dari kiri gambar) dan Ketua Bahagian Pentadbiran, En. Nor Hakim bin Ahmad. (pertama dari kanan gambar).
Sumber dari : Sarawakku