Ogos 2019

Abg Jo Tabik Hormat Kepada Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak Diatas Kejayaan Dan Pengiktirafan Anugerah Inovasi Dan Intergriti


KUCHING, 28 Ogos 2019 – YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Haji Openg hadir ke Majlis Hari Inovasi dan Integriti ( HIITS ) 2019, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak ( JTS ) yang disambut oleh kawalan hormat pasukan pengkuatkuasa JTS dan tepukan lebih 200 orang pegawai dan kakitangan JTS dari seluruh Sarawak.

Dalam ucapan, YAB Ketua Menteri terlebih dahulu mengucapakan tahniah dan syabas diatas kejayaan dan pengiktirafan Anugerah Inovasi dan Intergriti yang diperolehi dari peringkat negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini merupakan kebangaan kerajaan negeri dan rakyat Sarawak keseluruhanya.

Tambahan, pengiktirafan ini adalah berpaksikan Inovasi berintegriti melalui Internet of Things (IoT), Transparency dan Content Management yang boleh di akses oleh semua. YAB Ketua Menteri juga memuji Konsep Go Current Exercise JTS untuk memperolehi maklumat terkini jabatan melalui Apliksai LASIS ( Land and Survey Information System ), kini ianya boleh didapati melalui sentuhan jari sahaja dan juga yang pertama di Malaysia. Bahkan pihak Jabatan dan agensi kerajaan Sarawak yang lain boleh mencontohi kejayaan JTS.

Justeru, kejayaan ini juga mengingatkan agar elemen-elemen integriti yang melibatkan modal insan, proses dan prosedur, terutamanya keselamatan data sentiasa dititikberatkan dan diberikan perhatian.

Setelah ucapan, YAB Ketua Menteri terus melancarkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah JTS ( Integriti ) bagi menangani isu-isu integriti jabatan dengan Pelan Strategik Pencegahan Rasuah 2016, Pelan Pengurusan Rasuah dan Pelancaran New Mobile LASIS ( Innovation ) iaitu Fungsi e-wallet / internal mobile / valuation services dan menyampaikan Anugerah Pegawai Integriti Tahun 2018 kepada sembilan orang pegawai dan kakitangan JTS.

Hadir sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman ) Sarawak, Datuk Haji Talip bin Zulpilip, Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datu Haji Len Talif Salleh, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Jaul Samion, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Sabariah Putit, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Sr Zaidi Haji Mahdi

Sumber dari: Sarawakku