Pengarah JKR Sarawak, Datu Ir. Haji Zuraimi bin Haji Sabki telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek di bahagian Kapit tadi bagi meninjau kemajuan terkini bagi projek Pembinaan Jln Ng. Ngemah/Ng. Temalat, Jln Ng. Ngungun/Ng. Ngemah by-pass dan Jambatan Kedua Sg. Yong yang telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 85.12%, 1.44% dan 36.48%, dimana ketiga-tiga projek ini mendahului jadual.
Turut hadir bersama Pengarah Kerja Raya ialah En. Cassidy Morris (Ketua Projek), En. Anding Unchi (Pengurus Wilayah, Pejabat Wilayah Tengah), En. John Wong Toh Koo (Jurutera Bahagian, JKR sibu), En. Bujang Kanang (Jurutera Bahagian, JKR Kapit), pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat, Pejabat Wilayah Tengah dan Pejabat Bahagian serta konsultan dan Kontraktor.
Kredit: JKR
Sumber dari : Sarawakku