FEBRUARI 2021

Suntikan Vaksin Covid-19 Di Sarawak Mulai 27 Februari


KUCHING: Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama di Sarawak akan bermula 27 Februari depan membabitkan semua petugas barisan hadapan. 

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata kesemua petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan, tentera, polis dan sebagainya perlu mendapatkan dua kali dos suntikan vaksin.

"Temu janji akan diatur kepada mereka untuk mendapatkan dos pertama dan selepas 21 hari mereka akan kembali untuk mendapatkan dos kedua.

"Ia penting bagi memastikan vaksin tersebut berkesan terhadap imunisasi badan mereka," katanya pada sidang media harian Covid-19 Sarawak di sini hari ini. 

Menurut Dr Chin, 56 pusat vaksinasi program imunisasi bakal diadakan di seluruh Sarawak iaitu di Hospital Bau, Klinik Kesihatan (KK) Singai, Hospital Lundu, KK Stungkor, KK Batu Kawa, KK Jalan Masjid, KK Petra Jaya, KK Sentosa, KK Tanah Puteh dan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Katanya antara pusat lain yang terlibat ialah KK Kota Samarahan, Pusat Jantung Sarawak (PJS), KK Asajaya, KK Sadong Jaya, Hospital Simunjan, KK Ibu dan Anak (KKIA) Simunjan Bandar, Hospital Serian, KKIA Serian, KK Tebakang, KK Tarat, Hospital Sri Aman dan KK Lubok Antu.

"Pusat lain termasuk Hospital Betong, KK Mid Layar, KK Pusa, Hospital Saratok, Hospital Sarikei, KK Sarikei, KK Bintangor, KK Julau, KK Pakan, Hospital Kapit, KK Kapit, KK Song, Hospital Sibu, KK Jalan lanang, KK Sibu Jaya, KK Selangau, dan Hospital Kanowit.

"Hospital Daro, Hospital Mukah, KKIA Mukah, KK Belaga, KK Sungai Asap, Hospital Bintulu, KK Jepak, KK Tatau, Hospital Marudi, Hospital Miri, KK Bandar Miri, KK Batu Niah, Hospital Lawas, KK Lawas dan Hospital Limbang," katanya.

Bagi fasa kedua kata Dr Chin, ia bakal dilaksanakan pada hujung Mac dan membabitkan rakyat berusia 60 tahun ke atas yang berisiko tinggi. 

"Individu berusia 18 tahun ke atas tetapi mempunyai penyakit seperti diabetes hipertensi dan sebagainya juga akan tersenarai dalam fasa kedua. 

“Fasa ketiga pula akan membabitkan kesemua individu pelbagai umur serta tidak berpenyakit," katanya.

Sumber dari : Jiwa Bakti