YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo meninjau sendiri Projek Bekalan Air di Bahagian Samarahan pagi ini tadi.
Kira- kira jam 10 pagi tadi, helicopter yang membawa YAB Ketua Menteri selamat mendarat di Padang Sekolah SK. Sg. Bulu, Senangeh.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo kemudiannya dibawa menggunakan kenderaan ke Dewan Kampung Senangeh disambut dengan penuh meriah dengan tarian selamat datang turut dipersembahkan.
Selepas disambut dengan tarian selamat datang, Ketua Menteri terus masuk ke dalam Dewan Kampung Senangeh dan diberi taklimat mengenai projek-projek bekalan air yang sedang rancak dijalankan oleh pihak yang berkenaan.
Sejurus selepas itu, Ketua Menteri telah melakukan upacara gimik pelancaran dengan membuka pili air bersama-sama penduduk kampung sebagai lambang kejayaan projek bekalan air yang telah dijalankan oleh Kerajaan Sarawak.
Sumber dari : Sarawakku