OKTOBER 2019

Bajet Negeri 2020: Berita Baik Untuk Rakyat, Kakitangan Awam


KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu banyak berita baik akan diumumkan buat kakitangan awam dan rakyat negeri ini, pada pembentangan Bajet Negeri 2020, 4 November ini.

“Saya akan mengumumkan berita baik buat kakitangan awam semasa pembentangan Bajet Negeri, Isnin depan,” katanya semasa berucap pada majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Warga Agensi-Agensi Islam Negeri di Dewan Kompleks Islam, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama Abang Johari mengingatkan umat Islam supaya jangan berpecah belah bagi memastikan urus tadbir kerajaan negeri berjalan dengan baik.

Katanya, sejarah telah membuktikan jika masyarakat berpecah-belah negeri akan menjadi kucar-kacir.

Sehubungan itu, beliau menggariskan empat ciri penting yang perlu diamalkan oleh masyarakat Islam supaya tidak berpecah iaitu hidup mengikut ajaran alim ulama, memperkasakan pentadbiran, menjaga perpaduan dan bekerjasama dengan bukan Islam.

Sumber dari: Jiwa Bakti