MATU: Bacaan yasin diadakan di rumah keluarga Allahyarham Yahya Ali, Kampung Tian di sini, selepas solat Asar sebentar tadi.
Bacaan yasin dilakukan oleh tetamu sementara menunggu ketibaan jenazah Allahyarham yang diterbangkan menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dari Lapangan Terbang Sibu terus dibawa ke Kampung Tian petang ini. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tian, sejurus tiba di kampung.
Yahya Ali adalah antara enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air JBP Selangor yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh di dalam lombong Taman Putra Perdana, Selangor malam tadi.