MEI 2020

Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin – Dr Sim


KUCHING: Individu yang melanggar arahan untuk menjalani kuarantin di rumah boleh dikenakan denda atau penjara kerana ia satu kesalahan jenayah.

Ini kerana menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, arahan tersebut telah diwartakan bersama dengan Akta 342 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Saya telah bercakap dengan Peguam Besar Negeri Sarawak, mereka yang melanggar arahan ini boleh dikenakan denda atau penjara kerana ia satu kesalahan jenayah, kerana arahan ini telah diwartakan bersama dengan Akta 342 (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Bagaimanapun, saya tidak dapat menyatakan di sini, jumlah denda dan tempoh penjara yang boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar arahan ini,” katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat Sarawak untuk terus kekal mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di negeri ini.

“Saya berharap rakyat Sarawak akan terus memberi kerjasama yang baik dan disebabkan itulah kita mempunyai sifar kes positif COVID-19 dilaporkan di Sarawak sejak beberapa hari. Ini adalah masa dimana setiap orang perlu membantu antara satu sama lain,”

Sumber dari : TVSarawak