MEI 2020

CM Abg Jo Hari Ini Menyaksikan Satu Majlis Ringkas Bagi Perjanjian Persefahaman Antara Kerajaan Sarawak Dengan Pihak Bank


CM Abg Jo hari ini menyaksikan satu majlis ringkas bagi Perjanjian Persefahaman Antara Kerajaan Sarawak dengan pihak bank yang terlibat dalam membantu Industri Kecil dan Sederhana melalui Dana Bantuan Khas Sarawakku Sayang sepertimana yang diumum Kerajaan Sarawak sebelum ini.

Dana berjumlah RM1.0 bilion tersebut bakal memberi faedah kepada para pemohon daripada kalangan 40, 000 Industri Kecil dan Sederhana di seluruh negeri Sarawak.

Terdapat tujuh (7) buah bank yang terlibat iaitu Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank dan RHB Bank yang akan memberi pinjaman tanpa faedah.

Kerajaan Sarawak akan menanggung kos faedah berjumlah RM80.7 juta.

Sumber dari : Sarawakku