JANUARI 2020

CM Abg Jo: Yakini Dasar Kerajaan Negeri Sarawak


MIRI, 29 Januari 2020 - Sambutan Malam Mesra Sarawak United People's Party (SUPP) telah berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Miri malam ini tadi.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Datuk Patinggi Abang Jo menyeru rakyat agar bersama-sama dan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dalam soal dasar dan perancangan kerajaan dalam memberi pembangunan berterusan kepada rakyat merangkumi segala aspek termasuk kebajikan, pembangunan infrastruktur asas khususnya di luar bandar seperti jambatan, kemudahan air dan jalan raya dan sebagainya.

Turut serta di majlis Malam Mesra SUPP Miri 2020 sempena Tahun Baru Cina adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato' Sri Prof. Sim Kui Hian yang juga Presiden SUPP Sarawak, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Sebastian Ting dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku