FEBRUARI 2020

Pertahankan Sarawak Dengan Cara Orang Sarawak - CM Abg Jo


LIMBANG, 2 Februari 2020 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo hadir ke Majlis Pelancaran GPS Zon 15B bertempat di Medan Niaga Tapak Letak Kereta, Limbang pagi ini.

Setibanya beliau di Limbang, beliau telah disambut oleh tarian masyarakat pelbagai kaum.

Dalam ucapannya, Datuk Patinggi Abang Jo menyeru rakyat agar mempertahankan hak Sarawak dan mentadbir Sarawak dengan cara kita yang tersendiri tanpa perlu campur tangan pihak luar.

Tambah beliau, adalah penting bagi rakyat Sarawak memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak bila tiba masanya tanpa perlu bergantung dengan pihak luar untuk mentadbir Sarawak.

Sumber dari : Sarawakku