MEI 2021

Cadangan Selaraskan Pelaksanaan Program Keusahawanan - Awang Tengah


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Pembangunan Usahawan dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan (MPUPK) 2021 di sini, semalam.

Mesyuarat diadakan secara atas talian dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri &Menteri-Menteri Persekutuan, wakil Menteri dari Sabah, Ketua Setiausaha Negara dan Gabenor Bank Negara.

MPUPK merupakan jawatankuasa tertinggi yang menjadi platform bagi menggubal dasar dan menyelaraskan program serta projek pembangunan usahawan di peringkat kebangsaan.

Pada mesyuarat tersebut, Awang Tengah merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) mengemukakan cadangan bagi menyelaraskan pelaksanaan program keusahawanan di Sarawak. 

Sementara itu, beliau turut menekankan kepentingan bantuan dan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dalam usaha memastikan komuniti usahawan di negeri ini tidak ketinggalan.

Hadir sama, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan PKS Sarawak, Datuk Naroden Majais dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Sumber dari : Jiwa Bakti