KUCHING: Covid-19 mudah merebak di mana-mana sahaja sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak diamalkan seperti di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), penjara, pusat latihan dan tempat awam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia merujuk kepada perkembangan kes positif Covid-19 selama ini.
“Ini termasuk majlis sosial (majlis perkahwinan, pengebumian dan gotong-royong),” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri sehubungan itu terus merayu orang ramai agar terus mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal diamalkan dan menjaga kebersihan diri yang tinggi.
Sumber dari : Jiwa Bakti