APRIL 2021

Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu Dinamakan Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang


KUCHING, Penaung PERYATIM Sarawak, YABhg Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang hari ini menghdiri majlis pengisytiharan pertukaran nama Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu kepada Komplek Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang Sibu secara maya melalui platform "livestream" yang disempurnakan dari kediamannya di Kuching pagi ini tadi.  

Majlis pengisytiharan nama kompleks ini turut disertai oleh YB Dr. Haji Annuar bin Haji Rapaee secara maya di Pejabat DUN Nangka Sibu. 

Majlis ini diadakan adalah untuk memaklumkan secara rasmi kepada masyarakat tentang penamaan baru Komplek Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang sebagai penghormatan kepada isteri Ketua Menteri Sarawak selaku Penaung PERYATIM Sarawak. 

Komplek PERYATIM Sibu mula beroperasi pada Jun 2014 bertempat di Taman Desa Kemuyang, Jalan Kemuyang Sibu. Kompleks PERYATIM Sibu mempunyai sejumlah 61 orang anak- anak yang terdiri daripada 30 orang anak lelaki dan 31 orang anak perempuan yang berusia sekitar 7-19 tahun. 

Komplek PERYATIM Sibu dipengerusikan oleh YBhg Dato Haji Mohamad Yusnar bin Haji Matalie, Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak merangkap Pengerusi EXCO PERYATIM Sibu  dan dikendalikan oleh Pengurus Cawangan, Cik Najilanisa binti Suhaili bersama dengan 19 orang kakitangan yang lain. 

Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah secara maya adalah Pengerusi PERYATIM Sarawak iaitu Datu Haji Misnu bin Haji Taha, ahli- ahli lembaga PERYATIM Sarawak serta Ketua Pegawai Eksekutif PERYATIM Sarawak, Haji Mohamad Salleh bin Haji Hamden.

Sumber dari : Sarawakku