JULAI 2020

Dato Sri Stephen Rundi Lawat Tapak Cadangan Stadium Mini Sebauh


SEBAUH: Penduduk di kawasan Sebauh akan menikmati kemudahan sukan apabila Projek Pembinaan Stadium Mini Sebauh siap kelak.

Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom telah melawat dan menghadiri taklimat pembinaan Stadium Mini Sebauh di Pejabat Daerah Sebauh pada Khamis.

Taklimat telah disampaikan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan beberapa agensi kerajaan berkaitan.

Selepas mendengar taklimat, Dato Sri Stephen Rundi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena turut meninjau ke lokasi tapak cadangan pembinaan stadium tersebut.

Lokasi Stadium Mini Sebauh ini merupakan bekas tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh yang lama. -Edisi UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak