JANUARI 2021

Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang Turun Padang


KUCHING, 15.1.21 - Isteri YAB Ketua Menteri Sarawak, YBhg Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah turun Padang bersama AJK PKPJ, PAWE Satok dan Exco PBB N8 Satok ke Pusat Kebajikan Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang bagi melakukan Gotong Royong memasak makanan sebanyak 300 paket untuk mangsa Banjir yang di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS ) Dewan Kpg Segedup dan PPS di SK Rakyat Bolhasan serta mereka yang terjejas di Kpg Sg Maong, Kudei Lama dan Kudei Baru.

Kerajaan juga turut menyumbang kepada PDK Sri Satok yang di sampaikan oleh Dato Haji Ibrahim Baki mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak kepada Penaung PDK Sri Satok, YBhg Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Turut hadir bersama adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Sdr Samat bin Gany, AJK PKPJ, AJK PAWE, AJK PBB Cawangan N8 Satok.

Sumber dari : Sarawakku