KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) menggariskan lima garis panduan untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang akan beroperasi pada 9 Jun ini.
Lima garis panduan itu ialah sebelum memulakan operasi, semasa ketibaan kanak-kanak, semasa berada di Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK), sewaktu kelas berakhir dan taklimat keselamatan kepada ibu bapa, guru serta kakitangan IPAKK.
Garis panduan ini diumumkan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah semasa Sidang Media Geran Tahunan Khas (GTK) TASKA dan TADIKA di Wisma Kebajikan, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, garis panduan mengenai perkara ini boleh dimuat turun di laman web KWKPK iaitu di https://kwkpk.sarawak.gov.my.
1. Sebelum mula beroperasi:
a. Pembasmian dan disinfeksi di Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK).
b. Memastikan pendidik atau pengasuh dalam keadaan sihat semasa hadir bertugas.
c. Memastikan pendidik dan pengasuh melengkapkan borang pengisytiharan kesihatan sebelum mula bertugas pada hari pertama selepas tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
d. Memastikan pengasuh dan pendidik mengawal pergerakan mereka 14 hari sebelum hari pertama operasi selepas PKPB.
e. Latihan staf berkaitan amalan kebersihan diri yang baik, langkah-langkah pemantauan dan pemeriksaan kesihatan, penggunaan alat periksa suhu secara betul (menurut garis panduan pengeluar) serta prosedur-prosedur pembersihan.
2. Semasa ketibaan kanak-kanak:
a. Semak dan lengkapkan buku log harian dan se
narai semak bersama ibu bapa.
b. Mengambil bacaan suhu kanak- kanak.
c. Kanak-kanak mencuci tangan menggunakan sabun dan cecair pembersih tangan.
4. Kanak-kanak bergerak ke kelas dan ruangan aktiviti.
3.Semasa berada dalam kelas.
a.Kanak-kanak bergerak ke kelas dan ruangan aktiviti.
b.Penjarakan Sosial
c.Taklimat oleh guru dan pengasuh.
d.Pelaksanaan aktiviti mengikut garis panduan.
4.Selepas waktu kelas berakhir.
a.Mengambil bacaan suhu kanak- kanak.
b.Kanak-kanak mencuci tangan menggunakan sabun dan cecair pembersih tangan.
c.Menyerah kembali buku log harian dan senarai semak kepada ibu bapa.
d.Membersih dan menyahkuman ruangan IPAKK sebelum sesi seterusnya.
Selain itu, pengusaha taska perlu memastikan perkara-perkara ini dilaksanakan sebelum memulakan operasi iaitu:
1.Aktiviti sanitasi di taska masing-masing.
2.Taklimat kepada guru dan kakitangan.
3.Taklimat kepada ibu bapa.
4.Persediaan untuk penjarakan sosial, tempat membasuh tangan dan papan tanda yang berkaitan.
Sumber dari : Jiwa Bakti