NOVEMBER 2020

Istiadat Angkat Sumpah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak


KUCHING, 5.11.2020 - YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar hari ini mengangkat sumpah perlantikan semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak di hadapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud pada jam 11.00 pagi ini tadi. 

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Istiadat dimulakan dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Datuk Amar Haji Mohamad Asfia dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Beliau telah berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak selama 20 tahun dan kali ini mengangkat sumpah bagi penggal yang kelapan.

Sumber dari : Sarawakku