MIRI: Petani di Miri yang hasil pertanian mereka tidak dapat dipasarkan dan berlaku lambakan boleh menghantarnya ke Pusat Latihan Pertanian, Jalan Angsana Miri (Berhadapan St Joseph Cathedral) pada Isnin hingga Jumaat.
Hari Belian: Isnin, Selasa dan Rabu (8.00 pagi hingga 4.00 petang)
Hari Jualan: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 4.00 petang)
Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Miri dalam kenyataannya memberitahu pihaknya melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan membeli hasil pertanian tersebut bagi meringankan beban dan mengurangkan kerugian yang ditanggung petani akibat penularan COVID-19.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh hubungi Alex Ding di takian 014-5968209 dan Norlida binti Rawi di talian 013-8375376.
Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak