KUCHING 8.8.20 - Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Hj Openg melakukan lawatan tapak bagi melihat sendiri perkembangan menaiktaraf Jambatan Sungai Bintangor.
Taklimat telah disampaikan oleh pihak JKR Sarawak tentang konsep rekabentuk dan status perkembangan jambatan tersebut.
Dalam sidang media , YAB Abg Jo menyatakan bahawa projek menaiktaraf adalah bertujuan untuk mengantikan jambatan dan jalanraya yang sedia ada terlalu sempit dan juga bagi menyediakan jalanraya dari 2 lorong ke empat lorong, kemudahan penjalan kaki di jambatan serta untuk mengadakan sukan air sepanjang Sungai Bintangor kelak.
Jambatan tersebut juga akan menjadi tarikan kepada masyarakat dan para pelancong bagi melihat corak dan motif budaya perkampungan masyarakat Melayu sekitar seperti dalam rekabentuk Jambatan.
Beliau juga mengatakan bahawa projek tersebut tidak menjejaskan tanah dan rumah perkampung sekitar dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama mereka.
YAB Abg Jo juga menekanan bahawa jambatan tersebut akan melengkapan jaringan dalam agenda kerajaan negeri membangun konsep 'Organic Development City' dibawah " Urban Renewal Programs' dalam 'Old Smart Kuching Heritage'.
Selepas taklimat, YAB melakukan Walkabout di sekitar tebingan Kampung dan seterusnya mendengar taklimat daripada pihak DBKU tentang perkembangan pembinaan Balai Polis yang terletak di tebingan Sungai Kpg Bintangor.
Akhir lawatan, YAB telah membuat lawatan mengejut menziarahi seorang pesakit Haji Sharkawi Hj Sirat, bekas Sgt Mejar Polis Marin di rumahnya di Kampung Masjid.
Turut hadir dalam acara lawatan adalah YB Datuk Julaihi Hj Narawi, Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Haji Reduan, Pengarah JKR Sarawak, Haji Zuraimi Hj Sabki, Pengarah DBKU, Dr Morsidi Hj Ahmad, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Timbalan Ketua Cawangan PBB N8 Satok, Dato Haji Ibrahim Baki, Ketua- ketua Masyarakat dan kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku