KUCHING: Meskipun ekonomi global terkesan dengan pandemik Covid-19 dan sekatan perjalanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) berjaya menarik minat pelabur daripada Korea Selatan untuk melabur sebanyak RM2.8 bilion di Sarawak.
Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berjaya meyakinkan pelabur Korea Selatan untuk melabur di negeri ini dalam satu pertemuan atas talian melalui aplikasi mesyuarat zoom hari ini.
Awang Tengah yang juga Timbalan Ketua Menteri memberi jaminan kepada pelabur Korea bahawa MINTRED akan membantu untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek mereka.
MINTRED Sarawak juga akan meneruskan usaha untuk mempromosikan Sarawak ke seluruh dunia.
Antara yang menghadiri mesyuarat ialah Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan E-Dagang, Datuk Mohd. Naroden Majais, Setiausaha Tetap MINTRED Sarawak Datu Liaw Soon Eng, Pengarah MIDA Sarawak Redzuan Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Sarawak Hamzah Mohamad, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Bintulu Rodziah Morshidi dan wakil dari Sarawak Energy Berhad, MIDA Seoul, Lembaga Imigresen dan Perancangan Negeri.
Sumber dari : Jiwa Bakti