MAC 2021

Jawatankuasa Khas Sosioekonomi Berupaya Selesaikan Isu Ekonomi Negara – Awang Tengah


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pagi tadi menghadiri mesyuarat jawatankuasa sosioekonomi yang diadakan secara maya di Wisma Sumber Alam di sini.

Mesyuarat tersebut yang julung-julung kali diadakan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Dalam mesyuarat tersebut, Awang Tengah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat di bawah Perikatan Nasional (PN) yang nemberikan komitmen dalam usaha memastikan hak Sabah dan Sarawak terus terpelihara seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Pewujudan portolio khas Hal Ehwal Sabah dan Sarawak oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tentu merupakan platform untuk Sabah dan Sarawak memiliki pembangunan dan sosioekonomi yang sama seperti Semenanjung Malaysia.

"Saya berharap agar jawatankuasa khas sosioekonomi ini akan berupaya menyelesaikan isu-isu berkenaan ekonomi dalam usaha memastikan semua negeri di Malaysia mampu maju bersama selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” kata Awang Tengah.

Turut hadir secara online adalah Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sumber dari : Jiwa Bakti