Ogos 2019

Ketua Menteri Serah Cek Bernilai RM3.5 Juta Untuk Penambahan Sikh Temple, Kuching


KUCHING, 3 Ogos 2019 - Ketibaan YAB Ketua Menteri Sarawak di sambut dengan meriah dan mesra dari komuniti Sikh sempena dengan 'Majlis Get Together with the Sikh Community and Vaikakhi 2019' bertempat di Sikh Temple, Jalan Mesjid, Kuching.

YAB Ketua Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa kedamaian di kalangan pelbagai Agama di Sarawak adalah landasan terbaik bagi penyatuan rakyat Sarawak menuju kearah masa depan.

Kemuncak majlis adalah upacara penyerahan cek yang bernilai RM3.5 Juta daripada Ketua Menteri kepada Presiden Persatuan Sikh Temple Kuching untuk Penambahan Bangunan Temple Sikh seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Menteri pada Mei 2017.

Turut hadir adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian Pengarah Unifor Sarawak, Dr Ngenang ak Janggu, Presiden Persatuan Sikh Temple Kuching, Dr Kalwinder Singh Khaira, Pemimpin Unifor Sarawak dan Komuniti Sikh Temple.

Sumber dari: Sarawakku