SEPTEMBER 2019

Kelulusan Baharu - Waterfront Tatau, Penapisan Air Bersih dan Naik Taraf Jalan Balak


TATAU, 29 September 2019 - Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Openg hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Rakyat Membina Jalan Baru Tatau ke Kuala Tatau dan Menaik Taraf Jalan Kelebu ke Rumah Ado, serta Pelancaran GPS Zon12B, DUN Kakus dan DUN Tamin bertempat di Dewan Sukan Tatau.

Kehadiran YAB Ketua Menteri bersama rombongan di sambut oleh lebih tiga ribu rakyat dari DUN Kakus dan DUN Tamin dengan meriah dan mesra serta diiringi sambutan kebudayaan dari semua kaum.

Acara pertama YAB Ketua Menteri adalah mendengar Taklimat sebanyak 9 buah Projek Rakyat yang dalam pelaksanan dan perancangan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak Bahagian Bintulu.

Selepas itu, YAB Ketua Menteri memasuki Dewan Tatau bersalaman dengan rakyat diiringi nyanyian dan sorakan lagu GPS dari semua hadirin.

Dalam ucapan beliau, kehadiran beliau adalah untuk menunaikan janji sebelum ini, iaitu membina Jalan baru Tatau ke Kuala Tatau dalam dua fasa dan menaiktaraf jalan Telebu ke Rumah Ado,Tatau.

Di akhir ucapan juga mengumumkan kelulusa bagi membina Penapisan Bekalan Air Bersih di Tamin yang bernilai RM62 Juta, Menaik taraf Jalan Balak dan Waterfront Tatau.

YAB Ketua Menteri juga telah menyerah surat lantikan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dalam Daerah Tatau.

Turut hadir bersama adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas anak Embas dan Datuk Profesor Dr Sim Hui Kian, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Awg Mohd Asfia, Awg Nassar, ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai, ADUN Tamin Christopher Gira dan kenamaan lain.

Sumber dari: Sarawakku