DISEMBER 2019

Kementerian Fokus Kerjasama Agensi Kerajaan, NGO Anjur Program Belia


MIRI: Kementerian Belia dan Sukan akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan NGO anjur lebih program bagi menjaga kesejahteraan belia.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan Ketua menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg memecahkan Kementerian Pelancongan Kesenian, Kebudayaan, dan Kementerian Belia dan Sukan dilihat untuk memastikan fokus lebih bagi merancang pembangunan belia di Sarawak.

Beliau berkata demikian di dalam ucaptamanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2019 di Stadium Tertutup Miri, Sabtu.

Adalah menjadi harapan Karim yang juga Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan untuk melihat golongan belia terus maju membangun Sarawak.

Sumber dari : TV Sarawak