DISEMBER 2019

Sejarah Tercipta Bantuan Kewangan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Persekutuan Di Sarawak


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan khas RM500 kepada semua penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

Beliau berkata bantuan khas itu akan dibayar pada Jun tahun depan.

Beliau mengumumkan keputusan tersebut sempena perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam Negeri 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

"Sebagai menghargai sumbangan penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri ini, ahli kabinet saya telah bersetuju memberi tambahan bantuan kewangan RM500 kepada bantuan RM500 daripada kerajaan persekutuan untuk semua penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

"Bantuan khas ini akan dibayar pada Jun tahun depan kerana kabinet saya baharu sahaja menyatakan persetujuan ini," katanya.

Kira-kira 95,000 penjawat awam persekutuan berkhidmat di Sarawak.

Terdahulu dalam ucapan perasmian Datuk Patinggi Abang Jo menyatakan Kerajaan Sarawak bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak dua bulan gaji gaji pokok atau minima kepada penjawat awam negeri seperti diumum dalam Bajet 2020 Sarawak.

"Bantuan kewangan ini akan dibayar sebelum Krismas, Insyallah," ujar beliau.

Sumber dari : Sarawakku