FEBRUARI 2020

Kemeriahan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) Kini Berlangsung Di Perkarangan Padang Merdeka Kuching


KUCHING : Kemeriahan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) kini berlangsung di perkarangan Padang Merdeka Kuching.

Acara flag off akan diadakan pada jam 8.30 pagi ini oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Perlumbaan bertaraf antarabangsa ini menyaksikan penyertaan seramai 123 pelumba daripada 21 pasukan dari seluruh negara termasuk pasukan kebangsaan, enam pasukan World Tour Pro Team dan 15 pasukan Pro-Kontinental dan Asia Tour Kontinental.

Sebelum ini sebanyak 62 jalan dan lokasi yang akan ditutup adalah Jalan Tun Haji Openg, Jalan Barrack, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Market, Jalan Gambier, Jalan Main Bazaar dan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bulatan Sri Aman bagi memberi ruang untuk perlumbaan ini.

Sarawak merupakan laluan pertama siri jelajah LTdL dan kali terakhir Sarawak dijadikan venue adalah pada tahun 1997.

Sumber dari : TVSarawak